Home Berita PAS Kelantan

Penyampaian Skim Al-It`aam ala Drive Thru Di PKD Gaal (Bulan April 2021)

72
SHARE
GAAL, 23 Mei: Hari ini telah berlangsung Program Penyampaian Skim Al-It`aam ala Drive Thru Di PKD Gaal (Bulan April 2021). Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh ADUN Gaal dengan pematuhan SOP yang ketat dan ia dijalankan dengan ala Drive Thru untuk mengelak kesesakan dan untuk memastikan semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sebagai makluman, Program Skim Al-It`aam ini telah dirasmikan pada Februari 2011 dimana bantuan beras 10 kg diberikan kepada penerima yang layak pada setiap bulan.
Bermula daripada 100 orang penerima untuk setiap DUN (45 Dun) pada 2011, ia kemudian meningkat kepada 250 orang penerima untuk setiap DUN. Program ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta daripada 2011 dan ia ditingkatkan kepada RM5.0 Juta pada tahun 2018.
Bantuan berupa beras 10kg pada setiap tahun ditambah lagi dengan bantuan kurma pada setiap bulan Ramadhan bermula tahun 2012 sehingga kini.
Pada 2017 sekali lagi kerajaan telah meluluskan tambahan item bantuan Skim Al-It’aam iaitu minyak masak dan gula 1kg untuk pembekalan tahun 2018.