TEMANGAN, 19 Sept: ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli pagi ini sempat menyampaikan Bantuan Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan kepada 7 orang penerima disekitar DUN Temangan.
Mohamed Fadzli berharap semoga bantuan ini, dapat meringankan sedikit bebanan kepada penduduk di sekitar DUN Temangan khususnya terutama dimusim peandemik ini.
Penyampaian sumbangan dilakukan secara walk-in tanpa sebarang perhimpunan sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.