Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kerajaan Prihatin Rakyat

17
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa kesyukuran atas inisiatif kerajaan untuk mengagihkan kit Pakej Penjagaan Covid kepada semua penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat).

2. Seperti yang kita sedia maklum, penyakit COVID-19 bakal menjadi endemik di mana rakyat Malaysia bakal hidup bersama penyakit tersebut sebagaimana penyakit H1N1 yang telah ada sejak tahun 2009. Bagi menghadapi keadaan tersebut, negara mengambil pendekatan untuk menggalakkan rakyat mendapat vaksin bagi mencapai “herd immunity”. Kemunculan varian baru yang sentiasa berevolusi membuatkan penyakit tersebut semakin sukar dikalahkan.

3. Pengagihan kit PPC diharap dapat membantu rakyat Malaysia untuk menempatkan diri dan keluarga dalam era endemik Covid-19. Pakej Penjagaan Covid mengandugi satu pek pelitup muka guna semula ( 4 keping setiap keluarga ), Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga), 1 pulse oximeter, 1 termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

4. Pemberian Kit Pakej Penjagaan Covid menunjukkan keprihatinan kerajaan di atas kesusahan dan masalah rakyat yang sedang terhimpit. Kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi.

5. Dewan Muslimat PAS juga berharap pihak swasta turut menyumbang kit seperti ini bagi menfaat seluruh rakyat Malaysia. Bersama kita saling bantu membantu memulihkan negara bagi membina keluarga Malaysia yang sejahtera.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 September 2021 | 14 Safar 1443H