Home Berita PAS Kedah

Penoreh getah menang cabutan bertuah motorsikal

98
SHARE

Oleh MUHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD

SIK – Seorang penoreh getah di Kampung Lubok Besar, Sik tidak menyangka namanya diumum sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal jenis Modenas sempena Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 baru-baru ini di Dewan Al Hana, Sik.

Mohammad bin Vachee, 55, berkata, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, Allah pilih saya menang cabutan bertuah sebuah motosikal dalam ramai-ramai yang hadir hari itu, rezeki Allah dah aturkan.

Menurutnya, ketika itu dia telah bergerak keluar dari majlis tersebut untuk pulang, tiba-tiba terdengar namanya dipanggil sebanyak 4 kali.

“Yang rasa bertuah sangat, kerana cabutan tersebut dicabut oleh MB Kedah, Dato’ Seri Sanusi sendiri.” katanya.

Antara hadiah cabutan bertuah lain yang menjadi rebutan semasa Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 termasuklah peti sejuk, basikal, mesin basuh dan lain-lain lagi.

Hadiah cabutan bertuah motosikal tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Sik kepada pemenang Mohammad Vachee.