Home Berita PAS Kedah

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Kali Ke – 40

138
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-40 di Kompleks PAS Kawasan Padang Terap pada 25 Jun baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Siti Aishah Hj Ghazali.

“Muslimat perlu pertahankan kemenangan dalam perjuangan PAS ini. Dan perlu mengadakan program yang  bersesuaian dengan masyarakat dan anak muda sekarang. Santuni serta ziarah masyarakat kampung juga anak muda,” ujar YB Aishah dalam ucapan perasmian beliau.

Dalam ucapan aluan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap, Puan Sariah Salam, beliau menyeru kepada seluruh muslimat Padang Terap agar meneruskan tugasan yang dimandatkan kepada seluruh Halwa kedua-dua Dun di Dun Kuala Nerang dan Pedu dalam perjuangan PAS ini.

Kehadiran seramai 100 orang lebih Muslimat.

Sehubungan itu setelah selesai perasmian, Puan Sariah menyampaikan sedikit buah tangan tanda ingatan kepada YB Ashah.

Turut hadir Isteri ADUN Pedu, Puan Noraini Ali, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap, Ahli Jawatankuasa HALWA Dun Kuala Nerang dan Pedu juga muslimat cawangan-cawangan seluruh Padang Terap.