Home Berita PAS Pahang

Beserah Tengah ikut manhaj yang ditetapkan demi mantapkan perjuangan

193
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 27 Jun :: “PAS bergerak mengikut garis panduan yang telah disusun oleh ulama terdahulu dan sehingga sekarang mengikut manhaj yang ditetapkan oleh parti berlandaskan Al-Quran dan Hadith,” kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota, Ustaz Zulfadli Zakariah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung PAS Cawangan Beserah Tengah kelmarin.

“Kita tahu dalam kita berorganisasi atau berjemaah ada silibusnya, ada aturan yang kita sebut satu ijtimaie, yang ada di dalamnya nilai-nilai keIslaman, yang boleh kita bawa dalam masyarakat kita.”

“Sepatutnya kita rasa bersyukur dan berbangga dengan adanya ulama bersama kita dalam jemaah yang sentiasa membimbing kita dari dulu hingga sekarang, tidak sebagaimana orang di luar sana yang tercari-cari ulama yang perlu diikuti,” kata Ustaz Zulfadli lagi.

Beliau juga mengharapkan agar Ahli Jawatankuasa PAS Beserah Tengah terus bekerja keras demi mempertahankan kemenangan DUN Beserah, sekaligus menjadi model untuk mencapai kemenangan di DUN Semambu.

Sebelum itu, Ketua Cawangan Beserah Tengah Mohamed Hafizi Abdul Hamid dalam ucapan aluannya meminta agar ahli jawatankuasanya dapat muhasabah diri dengan gerak kerja yang telah lepas dan dapat  melaksanakan tugas dan tanggungawab dengan bersungguh-sunguh, tidak sekadar melepas batuk di tangga.

Beliau mengharapkan penglibatan tenaga muda yang lebih ramai dari anak-anak ahli sebagai pelapis yang akan mengambil tempat jawatankuasa yang ada pada hari ini.

Meyuarat Agung Tahunan Cawangan Beserah Tengah kali ke-24 yang diadakan di Markas PAS Cawangan Beserah Tengah yang baru dibaikpulih hasil sumbangan orang ramai telah dihadiri seramai 75 orang ahli.