Home Berita PAS Kelantan

Peniaga kecil di Wakaf Bharu terima bantuan secara pandu lalu

21
SHARE
WAKAF BAHRU, 8 Jul: Seramai 306 peniaga kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bahru menerima sumbangan Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 Fasa 2.
Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan Kepada Peniaga Terkesan PKP secara pandu lalu tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bahru, YB Mohd Rosli Abdullah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Bahru, hari ini.
Pada Fasa 2, setiap DUN mendapat peruntukkan RM50,000 untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga kecil yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.