Home Berita PAS Kelantan

Pembinaan Jambatan Kuala Nal-Pasir Kelang bermula Ogos

41
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KUALA KRAI, 8 Jul: Projek pembinaan jambatan Kuala Nal-Pasir Kelang yang melibatkan jarak 100 meter merentangi Sungai Kelantan akan bermula Ogos ini.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan projek pembinaan jambatan yang mengambil masa dua tahun enam bulan untuk disiapkan itu menelan belanja RM25 juta.
“Alhamdulillah, semua proses telah berjalan cuma tinggal berkenaan isu teknikal iaitu isu pengambilan tanah di Kuala Nal dan Pasir Kelang dan proses pengambilalihan serta pembayaran pampasan telah dibuat oleh Kerajaan.
“Bukan itu sahaja kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan jambatan ini juga sudah dikenal pasti,” katanya.
Tambahnya, pembinaan jambatan yang menjadi laluan masuk ke Kampung Bahagia dan boleh menghubungkan sehingga ke jajahan Tanah Merah itu dijangka memberi manfaat lebih besar kepada penduduk setempat dalam memudahkan urusan harian mereka.
Sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan Pasir Kelang.