Home Berita PAS Melaka

Pengurusan jenazah percuma Masjid Al Abrar Semabok

642
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

KOTA MELAKA, 20 Dis : Pihak pengurusan Masjid Al Abrar mengumumkan bahawa urusan jenazah di bawah kelolaan masjid ini adalah percuma untuk ahli kariah di bawah naungan masjid ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Masjid Al Abrar semasa memberikan ucapan sebelum bermula solat Jumaat, di masjid ini, di sini, kelmarin.

Pengumuman ini adalah susulan daripada siapnya pembinaan bilik pengurusan jenazah masjid itu yang baharu.

Bilik Pengurusan Jenazah baharu itu telah dirasmikan oleh Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek selepas berlangsung solat Jumaat di masjid ini.

Bilik Pengurusan Jenazah ini dibina hasil daripada sumbangan wakaf orang ramai dengan menjual kaki persegi oleh AJK Masjid Al Abrar Semabok kepada orang ramai.

Bilik pengurusan jenazah ini bakal menjadi kemudahan untuk ahli dan penduduk kariah sekitar Masjid Al Abrar Semabok.

Turut hadir bersama barisan AJK Masjid Al Abrar, JPKK dan ahli kariah yang sama-sama menyaksikan majlis perasmian ini.