Home Berita PAS Melaka

Hari Kecemerlangan Pasti Al Jali dalam suasana norma baharu.

387
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 20 Dis : Walaupun masih dalam situasi Pandemik Convid-19, PASTI Al Jali tetap mengadakan sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang telah ditetapkan.

Hari Kecemerlangan PASTI Al Jali Sungai Tuang, Tahun 2020 berlangsung, di sini, pada malam kelmarin dengan kehadiran terhad untuk ibu bapa dan juga pelajar-pelajar PASTI Al Jali Kelas Enam Tahun sahaja.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Masjid Tanah, Ustaz Tajul Arif Husin.

Dalam ucapannya beliau menzahirkan penghargaan buat guru-guru PASTI Al Jali atas usaha gigih mereka kerana telah berjaya mendidik anak-anak PASTI ini.

“Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa PKP dilaksanakan pun berjaya menjadikan murid-murid berupaya untuk membaca, menulis serta mengira. Saya ucap terima kasih pada semua guru-guru,” ujar beliau.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kerjasama dalam proses pembelajaran dalam talian yang dijalankan selama ini.

Sementara itu murid-murid PASTI Al Jali telah membuat persembahan selepas berlangsungnya majlis perasmian.

Antaranya ialah persembahan bacaan sajak oleh adik Saleha, ceramah agama oleh adik Darwis, hafazan Surah Al Mulk oleh adik Uliya dan adik Khadijah dan beberapa persembahan lain lagi.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus PASTI Al Jali yang juga Pengarah JPrD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul.