Home Berita PAS Kedah

Pengorbanan sukarelawan jayakan Program Vaksinasi Covid-19 Dun Ayer Hitam

169
SHARE

JERLUN –  Seramai 2,476 warga emas dan petugas sukarelawan di Dun Ayer Hitam  menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui program vaksinasi Dun Ayer Hitam, di Sekolah Menengah Nurul Islam, di sini.

Inisiatif yang dilakukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Ayer Hitam adalah untuk memudahkan pergerakan mereka yang berdaftar di Dun tersebut agar segera mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk “Imuniti Kelompok”.

Abd Hadi Omar, Pengarah PKWR Dun Ayer Hitam berkongsi pengalaman tersebut melalui hantaran facebooknya berkaitan gerak kerja pasukan PKWR, lalu merealisasikan kewujudan sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) bukan kesihatan, yang diuruskan sepenuhnya oleh PKWR dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Antara yang dicatat ialah permohonan untuk mewujudkan PPV ini dibuat sendiri oleh Cikgu Azhar Ibrahim,  Adun Ayer Hitam, lalu setelah mendapat respon positif daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu,  proses persiapan dilakukan hanya dalam tempoh  2 hari sebelum ianya  dibuka untuk beroperasi.

Lagi, keyakinan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu kepada pengurusan penganjur, dengan penambahan tempoh operasi suntikan dari 2 ke 5 hari.

Menariknya, tiada peruntukan khusus yang diterima dari kerajaan untuk persiapan dan operasi yang dilaksanakan manakala mereka yang bertugas sebagai sukarelawan bukan perubatan hanya disediakan sekadar makanan pagi dan tengahari, ditampung kosnya melalui sumbangan orang ramai serta sedikit peruntukan PKWR.

Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan, Jabatan Amal Jerlun, Sukarelawan PKWR Ayer Hitam, Guru PASTI dan SRITI, NGO Jerlun Care dan sukarelawan yang mendaftar secara walk- in bertugas melancarkan segala proses sepanjang 5 hari program berlangsung.

Maklumnya, komitmen tinggi diberi oleh sukarelawan bermula dari proses pendaftaran sehinggalah diirigi ke kenderaan bagi mereka yang uzur dan kurang upaya tanpa mengira batasan agama dan kaum.

Abd Hadi seterusnya merakamkan penghargaan kepada mereka yang terlibat menjayakan program tersebut serta berharap diberi ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT