Home Berita PAS Selangor

Syabab Care serah sumbangan kepada orang Bajau di Gombak – Naib KP PAS Selangor

12
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Rakyat yang kini sedang merana menghadapi wabak Covid-19 dengan serba kekurangan. Ramai yang memerlukan bantuan berikutan dibuang kerja, hilang punca pendapatan dan kehabisan bekalan makanan. NGO seperti Syabab Care yang istiqamah membantu dan menyokong mereka yang memerlukan ini.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, mereka telah sampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga orang Bajau Sabah yang tinggal di Gombak.

Menurut beliau, keluarga tersebut sudah lama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Disebabkan lockdown PKP, mereka tidak dapat bekerja dan sekaligus menjejaskan pendapatan mereka sekeluarga. Syabab Care juga sampaikan sumbangan kepada 12 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan sebuah keluarga yang terputus pendapatan.

Menurut beliau, keluarga-keluarga tersebut ada memohon kepada Team Syabab Care untuk dibantu kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor