Home Berita PAS Pahang

Sumbangan dan bantuan bukan hanya kepada fakir miskin

57
SHARE

Oleh: AZAHARI B.A.

PAYA BESAR, 27 Jun: Tidak dinafikan golongan fakir miskin adalah kelompok yang paling terhimpit dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bentuk lockdown yang dilaksanakan sekarang. Untuk itu banyak pihak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing membantu mereka.

Mungkin tidak ramai yang menyedari dalam pada itu ada juga pihak lain yang mungkin tidak termasuk dalam senarai perlu dibantu dan diberikan sumbangan. Salah satu ialah pusat-pusat kesihatan daerah yang memerlukan sumbangan Peralatan Perlindungan Peribadi atau dikenali dengan PPE (Personal Protective Equipment).

Di peringkat awal negara dilanda wabak Covid-19 dahulu memang banyak pihak menghulurkan sumbangan peralatan ini untuk frontliners di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan. Malah ada yang mengusahakan membuatnya secara gotong royong.

Semalam Klinik Kesihatan Paya Besar dan Klinik Kesihatan Permatang Badak telah menerima serahan 100 set PPE daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya. Peralatan tersebut telah ditaja oleh NGO Pertubuhan Kebajikan Sheikha Lubna Kuala Krau.

“Sumbangan peralatan itu diharapkan dapat menambah keperluan para petugas barisan hadapan yang memerlukannya setiap hari.” kata Mohd Tarmizi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar.

Beliau berterima kasih kepada pihak yang menyumbang dan turut mendoakan semua pihak dilindungi oleh Allah s.w.t. dari terjangkit daripada Covid-19 dan terhindar dari wabak tersebut.

::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::—-::