Home Berita PAS Kedah

Penghargaan kepada sukarelawan PPV

44
SHARE

Oleh ANA NAJWA

YAN, 17 Okt – Sumbangan ini dilaksanakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan para sukarelawan selama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) beroperasi.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit berkata sumbangan itu bagi menghargai keringat para barisan hadapan selama ini yang bertungkus lumus memastikan proses vaksinasi di PPV berjalan lancar.

Beliau berkata ketika mengagihkan sumbangan berupa kit ibadah kepada 100 orang sukarelawan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Guar Chempedak dan 75 orang sukarelawan di PPV Gurun Jaya.

Ketua PPV Gurun Jaya, Dr Sharmila berkesudian menerima simbolik sumbangan.

Memandangkan PPV Gurun Jaya telah menamatkan operasinya pada Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit mengingatkan penduduk sekitar terutamanya individu yang masih belum menerima suntikan vaksin supaya membuat temu janji di Klinik Kesihatan Bedong.

Sumber: FB Ustaz Sabri Azit Ahli Parlimen Jerai