Home Berita PAS Kedah

227 mangsa banjir terima sumbangan

19
SHARE

Oleh AMAL NABILA

YAN, 17 Okt – Seramai 227 mangsa banjir ‘kepala air’ terima sumbangan daripada wang ehsan Kumpulan Wang Amanah Negara di Rumah Budi, baru-baru ini.

Semua penerima ini melibatkan sembilan kampung sekitar DUN Guar Cempedak terima wang yang bernilai RM500.

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad.

“Terpancar di raut wajah mereka keceriaan dan kegembiraan daripada penerima yang hadir di dalam majlis penyerahan tadi.

“Saya ucapkan semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu mereka yang terkesan. Sedikit sumbangan ini merupakan tanda ingatan daripada pihak kerajaan,” ujarnya.