Home Berita PAS Terengganu

Dua negeri mudah bentuk kerajaan pada PRU15

177
SHARE

ALOR SETAR – Terengganu dan Kedah lebih mudah membentuk kerajaan pada Pilihanraya umum (PRU) ke- 15 sekiranya berjaya menyatukan umat Islam dan kerjasama politik di antara parti Melayu seperti dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, dua negeri ini terbukti mendapat sokongan dari rakyat dan menguasai kerajaan negeri sebelum ini.

“Jika parti-parti politik Melayu Islam berpecah dan bersifat ego serta mementingkan diri sendiri, maka PH akan kembali memerintah.

“Kepimpinan kerajaan negeri tidak semestinya dipimpin oleh golongan ulamak. Yang penting kedua-dua pemimpin ini dari kalangan profesional dan teknokrat tetapi berjiwa islam.

“Serta boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memikul tanggungjawab kepimpinan lebih baik dari kerajaan sebelumnya,” jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian selepas program santai bersama Perantau Terengganu bersama Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, pada semalam.

Menurutnya, di Terengganu kerajaan yang ada dibentuk dari awal di bawah PAS sementara di Kedah dipimpinan PAS dibentuk selepas Pakatan Harapan di bawah Mukhriz jatuh.

“Rakyat akan lebih mudah menyokong kerajaan yg ada sekiranya banyak pembaharuan dilakukan.

“Terutamanya dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan cabaran covid 19 dan kepimpinan yang dilihat berjiwa rakyat,” tambah beliau lagi.