Home Berita PAS Johor

Penerangan PAS kunjung hormat Penerangan Bersatu Johor

426
SHARE

Oleh Ahmad Faris

Kota Iskandar : Lajnah Penerangan PAS Negeri Johor mengambil inisiatif dan komitmen untuk bertemu dan berkenal mesra dengan Penerangan Bersatu Johor. Idea yang diinspirasikan oleh Ketua Penerangannya (KPen) Rusman Kemin bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama lebih erat di antara kedua-dua parti.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Exco Kerjaya Pengangkutan dan Insfrastruktur itu berlangsung hampir 1 jam dengan perbincangan yang sangat mesra. Banyak perkara dibicarakan oleh kedua-dua pihak menjurus kepada mencipta ruang kerjasama bukan sahaja melibatkan pilihanraya ke-15 tetapi lebih tertumpu kepada soal memberi impak istimewa dan baik kepada Bangsa Johor.

Sesuatu yang menarik dan dipersetujui serta menjadi impian oleh kedua-dua pihak ialah mengadakan pertemuan seperti itu dengan dihadiri oleh Penerangan UMNO.

“Kita rasa tidak lengkap jika UMNO tidak bersama. Alangkah baiknya kalau dapat diciptakan selepas ini pertemuan tiga parti Melayu yang mendokong Islam terbesar di Negara kita” ujar Rusman Kemin.

Ketua Penerangan Bersatu Johor YB Mohd Solihan Basti gembira dan berbesar hati menerima kunjungan Penerangan Johor kerana beliau beranggapan walaupun pertemuan diadakan secara santai tetapi penuh makna.

“Saya secara peribadi dapat merasakan Bangsa Johor menerima baik kerjasama ini kerana kita merancang banyak perkara khusus untuk rakyat” Ujar Mohd Solihan didalam pertemuan tersebut.

Turut hadir ialah Setiausaha Penerangan PAS Johor Ustaz Kheir Shamsuddin, pegawai kewangan Badrul Hisham Saad, Ketua Unit Akademi Penerangan Selamat Ujud dan Ketua Unit Produksi Media Shahron Su.