Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka | Vaksin Covid-19 : awas agenda musuh Islam!

1358
SHARE

SEMALAM saya ada terbaca satu hantaran di laman Facebook Papa Azri yang lebih popular dengan nama Papagomo. Dalam hantaran itu beliau ada memuatnaik satu kartun yang sangat menyentuh hati saya. Saya tidak pasti sumber asal atau pelukis kartun ini. Saya tempelkan di bawah ini.

Sangat melucukan. Iyalah, betul juga. Marahlah Dajjal tu. Dia tak buat apa-apa pun tiba-tiba namanya dipetik! Jadi mereka yang banyak buat hantaran di Facebook atau media sosial yang menuduh semua ni kerja Dajjal lebih baik berhati-hati, takut-takut sampai surat saman daripada Dajjal!

Sekarang ini memang banyak tersebar berbagai-bagai teori tentang vaksin dan Dajjal. Ramai juga yang kata vaksin ini ada macam-macam unsur berbahaya di dalamnya yang diatur oleh Yahudi dan Dajjal untuk memusnahkan umat Islam. Itu teorinya.

Saya bersetuju memang Yahudi dan Dajjal adalah musuh umat Islam sama seperti yang telah diberitahu oleh Al Quran dan Rasulullah SAW. Itu saya setuju. Dan saya setuju dalam isu vaksin Covid-19 ini pasti Yahudi dan Dajjal juga memang akan mengambil kesempatan untuk memusnahkan umat Islam. Tapi teori konspirasi saya tidak sama dengan teori konspirasi anti-vaksin ini.

saya setuju dalam isu vaksin Covid-19 ini pasti Yahudi dan Dajjal juga memang akan mengambil kesempatan untuk memusnahkan umat Islam

Teori saya begini, sekarang ini Covid-19 telah membunuh banyak nyawa manusia samada Muslim atau tidak. Negara yang terjejas teruk sudah pasti akan menghadapi keruntuhan ekonomi selain kehilangan nyawa.

Sebagai musuh Islam sudah tentu Yahudi dan Dajjal ini mahu agar umat Islam tidak diberi vaksin yang mereka cipta ini supaya umat Islam ramai yang mati dan ekonomi negara umat Islam hancur bersepai.

Namun adalah sesuatu yang bercanggah dengan kemanusiaan sekiranya mereka membuat ketetapan tidak akan menjual vaksin ini kepada orang-orang Islam. Pasti seluruh dunia akan mengecam mereka atas diskriminasi ini.

Jadi, cara yang terbaik untuk mereka membuatkan orang Islam tidak mengambil vaksin ini ialah dengan menyebarkan teori konspirasi bahawa kononnya vaksin ini diletakkan cip dan berbagai-bagai jenis elemen buruk untuk menghancurkan umat Islam.

Apabila ramai umat Islam percaya maka ramailah umat Islam tidak mengambil vaksin ini. Apabila ramai umat Islam tidak mengambil vaksin ini maka ramai umat Islam akan mati. Banyaklah negara umat Islam akan hancur ekonominya kerana asyik lockdown disebabkan Covid-19.

Apabila ramai umat Islam percaya maka ramailah umat Islam tidak mengambil vaksin ini. Apabila ramai umat Islam tidak mengambil vaksin ini maka ramai umat Islam akan mati.

Kaedah teori konspirasi ini lebih selamat kepada musuh-musuh Islam kerana mereka terlepas daripada dituduh mendiskriminasi umat Islam sekiranya mereka terus tidak mahu menjual vaksin ini kepada umat Islam. Ini adalah kerana bukan mereka yang tidak mahu menjual vaksin ini kepada umat Islam tetapi umat Islam sendiri yang tidak mahu divaksinkan.

Jadi dalam masa yang sama mereka berjaya membunuh umat Islam dan menghancurkan ekonomi umat Islam apabila ramai umat Islam tidak mengambil vaksin.

Kita bimbang golongan anti-vaksin yang wujud sekarang ini yang kononnya memperjuangkan masa depan umat Islam rupanya adalah golongan yang tertipu dengan agenda musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam. Mereka secara tak sedar menjadi agen Dajjal dan Yahudi untuk memusnahkan umat Islam dalam keadaan mereka tidak sedar.

Mereka secara tak sedar menjadi agen Dajjal dan Yahudi untuk memusnahkan umat Islam

Jika anda tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 kerana percaya kepada teori konspirasi bahawa vaksin ini mengandungi elemen untuk merosakkan kesihatan umat Islam, saya nasihatkan anda fikir semula lapan kali. Pertimbangkan teori konspirasi saya tadi pula.

#JomVaksin #PutuskanRantaianCovid19

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka dan WARM
• Ketua Unit Berita Dan WARM Jabatan Penerangan PAS Melaka