Home Artikel PAS Melaka

PENDUDUK SETEMPAT BANJIRI CERAMAH MUAFAKAT NASIONAL PARLIMEN TANGGA BATU

162 views
SHARE

>

Oleh : HJ RAFIE BIN AHMAD

TANGGA BATU – Penduduk setempat membanjiri ceramah Muafakat Nasional yang diadakan di Kampung Bukit Salleh di sini malam semalam. Program ini di dalam rangka  siri penerangan Muafakat Nasional dengan menampilkan tokoh-tokoh PAS dan UMNO peringkat kebangsaan dan tempatan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Hj Bakri Jamaludin menyingkap sejarah asal tanah Melayu sejak dari zaman sebelum kedatangan Islam sehinggalah terbentuknya Kesultanan Melayu Melaka dengan kedatangan Islam.

“Kita harus mengajar anak-anak kita sejarah Melayu, bahawa Melayu dulu bangsa yang sangat kuat. Melayulah yang telah mengIslamkan nusantara. Apabila Melaka dijajah pada tahun 1511 di situlah kita hilang jati diri sebagai orang Melayu Islam.

“Ini yang kita nak bawa kembali. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka itu bukan terletak pada nasionalis Melayu, tapi apabila Sultan Melaka masuk Islam, menggunakan Islam sebagai dasar pemerintahan negara, menggunakan kanun jenayah Islam, inilah yang mengangkat martabat Melaka.

“Sebab itu bila mereka nak padamkan api Islam di Nusantara, mereka harus padamkan Islam di Melaka.” jelas Bakri.

Beliau berharap agar umat Islam di Malaysia kembali kepada sejarah kekuatan Islam yang pernah dimiliki oleh nenek moyang umat Islam terdahulu.

Program Ceramah Muafakat Nasional ini menampilkan Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Ketua Pemuda Umno Malaysia sebagai penceramah utama.

Dr Asyraf  pada asalnya dijadualkan bergandingan dengan YB Dr Khairuddin Aman Razali Attakiri namun di saat akhir Dr Khairuddin tidak dapat hadir kerana perjalanan beliau terhalang oleh cuaca buruk. Tempat beliau digantikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek, Pesuruhjaya PAS Melaka. Turut berucap Datuk Seri Mohammad Ali Bin Mohamad yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu.