Home Artikel PAS Melaka

HARGAI NIKMAT PERPADUAN ISLAM – ASYRAF WAJDI

69 views
SHARE

Oleh : IBNAT DEEN (WARM)

TANGGA BATU – Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar  semua ahli PAS dan Umno mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku di sebalik ayat 103, surah Ali Imran yang berkisar kepada kisah puak Aus dan Khazraj yang disatukan oleh Rasulullah SAW selepas kedatangan Islam mula dihasut oleh puak Yahudi yang benci melihat umat Islam bersatu

Beliau yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat gesaan ini di dalam ucapan   ketika program Ceramah Muafakat Nasional di Tangga Batu malam semalam.

Menurut beliau lagi, pada masa itu Yahudi cuba mengungkit semula segala kisah pertelingkahan lama mereka sehingga mereka hampir-hampir hendak berbalah dan berperang semula sehingga turunnya ayat ini sebagai teguran dari Allah swt agar umat Islam menghargai nikmat perpaduan dan tidak mudah dihasut untuk berbalah.

“Suasana hampir sama dengan apa yang kita sedang alami sekarang. Sudah pasti hubungan kemesraan yang terjalin antara Umno dan PAS ini tentu sekali akan ada pihak-pihak yang  mencurigainya.” ujar beliau.

Menyentuh tentang fahaman liberal yang ketara menular pada masa ini, Dr Asyraf memberitahu, usaha liberalisasi DAP terhadap pentadbiran Malaysia Baru bukan perkara baharu bahkan telah bermula seawal tahun 1967 melalui ‘Deklarasi Setapak’.Tujuan utama deklarasi ini adalah memperjuangkan hak kesamarataan ke atas semua etnik.

Tambah beliau, hak Melayu Islam terus dirobek dan diperkotak-katikkan. DAP selesa menggerakkan agenda mereka kerana Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Melayu Islam diam seribu bahasa seolah-olah direstui kerja buat mereka.

Tegasnya, PAS dan UMNO tidak sesekali membenci kaum Cina, India mahupun orang bukan Melayu Islam dari pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi orang Melayu Islam berhak merasa risau dengan tindakan liar DAP hari ini menyebarkan fahaman prejudis dan penafian hak terhadap Melayu  Islam sebagai masyarakat pribumi Malaysia .