Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Serah Sumbangan Mangsa Kebakaran

96 views
SHARE

Skuad Prihatin Serah Sumbangan Mangsa Kebakaran

Sepang, Selangor: Pada awal bulan Oktober yang lalu, PAS Selangor telah dimaklumkan bahawa Tuan Masyadie, seorang amilin PAS Kawasan Sepang telah ditimpa musibah yang mana telah melibatkan satu kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah dan isi rumahnya.

Sejurus selepas berita tersebut tersebar keseluruh ahli PAS di seluruh Malaysia, satu kutipan derma kilat telah dijalankan. Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) juga turut mengambil inisiatif melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu keluarga Tuan Masyadie.

Skuad Prihatin LKK DMPM dimaklumkan bahawa Tuan Masyadie dan isterinya, Puan Defiyanti mempunyai 8 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Anak lelaki yang paling sulung berusia 20 tahun sedang menuntut di STAM Pintar, yang kedua anak perempuan berusia 18 tahun sedang menuntut di Sekolah Agama Menengah Sg Manggi, yang ketiga anak lelaki berusia 16 tahun sedang menuntut di Maahad Al-Ansar, yang keempat anak lelaki berusia 14 tahun sedang menuntut di Maahad Muhammadi, yang kelima anak lelaki berusia 11 tahun sedang menuntut di Sekolah Rendah Agama Bangkong, yang keenam anak lelaki berusia 8 tahun, yang ketujuh anak lelaki berusia 4 tahun sedang bersekolah di PASTI dan yang kelapan juga anak lelaki berusia 1 tahun.

Pada Isnin yang lalu, bersamaan 28 Oktober 2019 rombongan Skuad Prihatin LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) telah berkunjung ke kediaman Tuan Masyadie di Kampung Bukit Bangkung bagi menyerahkan kutipan sumbangan orang ramai yang telah terkumpul. Rombongan Skuad Prihatin telah disambut mesra oleh isteri Tuan iaitu Puan Defiyanti.

Skuad Prihatin DMPM diwakili oleh Ustazah Wan Hasrina selaku Pengarah Strategik dan Pengurusan Risiko merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) hadir dalam ziarah dan penyerahan sumbangan tersebut. Beliau diiringi oleh Puan Mazni selaku Pengerusi LKK DMPNS serta ahli jawatankuasa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang dan Ameerah Sepang.