Home Artikel PAS Melaka

Penduduk Masjid Tanah Teruja Sambut Ketua Menteri Baru Melaka

1898
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

ALOR GAJAH : Penduduk Masjid Tanah hari ni teruja menyambut kepulangan Ketua Menteri Melaka yang keduabelas YAB Datuk Sulaiman Bin Md Ali yang baru sahaja mengangkat sumpah jawatan petang tadi.

Beliau tiba di kampung halamannya di Kampung Durian Daun Masjid Tanah sekitar jam 5.30 petang dengan disambut lebih dari seratus orang penduduk tempatan.

Sulaiman yang juga Adun Lendu sempat memberikan ucapan ringkas semasa orang ramai sedang menikmati jamuan. Selepas itu beliau dilihat melayan tetamu yang hadir yang mahu bergambar dengan beliau.

Turut hadir meraikan kepulangan Datuk Sulaiman ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka Asri Shaik Abdul Aziz dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah.