Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah! Selamat Bertugas Perangi Rasuah di Malaysia

1176
SHARE

Tahniah! Selamat Bertugas Perangi Rasuah di Malaysia

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Haji Azam bin Baki atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Puan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Mac lalu.

Justeru itu, pelantikan Datuk Seri Haji Azam bin Baki yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bermula berkuat kuasa pada hari ini iaitu 9 Mac 2020.

Selamat melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan telus dan jujur. Syabas dan tahniah Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu!

“Malaysia Sejahtera”

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Rejab 1441
9 Mac 2020