Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak

3039
SHARE

KENYATAAN RASMI BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

14 Rejab 1441H
9 Mac 2020M

PAS PERAK MENDOKONG ASPIRASI RAKYAT DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU PERAK

PAS Perak komited menjunjung amalan demokrasi berparlimen dan sentiasa mendokong segala kepentingan rakyat khususnya di negeri Perak yang kita cintai.

Kerajaan Negeri Perak yang baru akan terbentuk dalam keadaan harmoni pada bila-bila masa dari sekarang. Semoga segala keputusan yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah mendapat keberkatan disisi Allah.

Akhirnya saya menyeru kepada seluruh rakyat negeri Perak agar terus melakukan solat hajat dan bermunajat, moga dipermudahkan segala urusan dalam pembentukan kerajaan baru negeri Perak ini.

‘ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN’

Salam Hormat,
YB Haji Razman Zakaria,
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak