Home Berita PAS Kedah

Pendidikan Agama di Sabah terus berkembang

193
SHARE

SABAH – Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menyertai Ziarah Mahabbah Pendidikan 2.0 ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu anjuran bersama Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah (HESA Kedah) bermula pada Ahad sehingga 23 Jun ini.

Naib Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Sektor Pendidikan DPPNK, Ustaz Mohd Aizat Zakaria menyatakan selain tujuan melihat perkembangan pendidikan agama di Sabah, lawatan ini juga bertujuan untuk saling bertukar-tukar pandangan dan idea.

“Alhamdulillah semalam kami berkesempatan menziarahi Pondok Miftahussalam Tuan Guru Ustaz Husaini Al-Banjari, Maahad Tahfiz an-Nur yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Razlie Mohamad Omar, SRITI Imam Al-Bukhari dan beberapa institusi pendidikan agama di Sandakan

“rombongan akan diteruskan ke institusi yang terletak di tawau,” katanya.

Hubungan erat yang telah lama dibina sejak 2012 menjadikan pertukaran pandangan menjadi lebih matang terutamanya dalam agenda memperluaskan dakwah pendidikan agama di negeri Kedah.

“Kita juga terkesan dengan kesungguhan yang mereka disini tunjukkan, walau pelbagai rintangan dan cabaran, tetap mereka istiqamah membina generasi untuk kesejahteran mereka, kesungguhan inilah yang amat perlu kita contohi,” ujarnya,

Beliau turut bekresempatan memperkenalkan institusi pengajian yang terdapat di Kedah seperti Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) sebagai pilihan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi.

Semoga Institusi Pendidikan Agama dalam negara kita berkembang dengan baik dan dapat melahirkan generasi yang rabbani serta mencorak masyarakat yang lebih diberkati.