Home Berita PAS Kedah

Pesakit radang saraf terima kerusi roda dari PAS Kawasan Padang Terap

173
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU, 21 JUN 2022 – Seorang pesakit radang saraf Yaacob Ngah 74,menerima bantuan kerusi roda di kediamannya dekat Kampung Banggol Pong, Pedu, semalam.

Difahamkan sudah 7 bulan Yaacob mengalami sakit radang sehingga menyebabkan kaki beliau tidak dapat bergerak.

Anaknya Mohd Nasri Yaacob, 36 yang membantu menguruskan rutin harian bapanya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Padang Terap menyampaikan kerusi roda dan sedikit sumbangan makanan.

“Semoga dengan bantuan kerusi roda dapat membantu pergerakan harian beliau,” ujarnya.

Turut hadir JPKK Kampung Pinang, Ustaz Hj Ahmad Mohamad Amin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ustaz Zulpikeri Ahmad serta Ahli jawatankuasa PAS Padang Terap.