Home Berita PAS Kedah

Operasi Cuci Banjir Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu

112
SHARE

KULIM BANDAR BAHARU – Khidmat Malaysia PAS Kulim Bandar Baharu (CEMAD PASKBB) dan Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu (JAMKBB) telah menerima laporan kejadian banjir kilat pada jam 6.15 petang semalam.

Suhubungan itu, satu pasukan yang terdiri daripada petugas Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal telah digerakkan ke kawasan terlibat bagi melaksanakan kerja mencuci rumah mangsa banjir.

Operasi yang bermula 7.00 petang berakhir 1.00 pagi.

Didoakan agar mereka yang terlibat tabah dengan ujian ini. Tahniah buat semua anggota operasi yang sudi mengorbankan masa walaupun masih sibuk dengan urusan bersama keluarga. Semoga mendapat balasan setimpal dari Allah.

Sebarang bentuk sumbangan bagi menyokong pergerakkan Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu bolehlah disalurkan melalui akaun : CIMB 8605154993 atas nama MAROON KBB VENTURE atau Hubungi 01161483688, Tuan Imran Bin Ramli (Komandan Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu).