Home Berita PAS Kelantan

Pendekatan BPMS beri manfaat rakyat Kelantan

471
SHARE

SEMENJAK PAS menggunakan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) banyak manfaat diperolehi rakyat Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, walaupun berbeza ideologi politik, namun kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan terus dipertingkatkan.

Katanya, hasil kerjasama itu banyak manfaat serta kebajikan dinikmati rakyat Kelantan.

“Saya hanya mahu melihat usaha ini dari sudut kepentingan rakyat, kita tingkatkan lagi hubungan  kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Namun apa yang menjadi masalah  apabila kerajaan mengumumkan Malaysia sebagai negara maju. Sedangkan Kelantan masih tertinggal dari sudut pembangunan infrastruktur,” kata beliau pada sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri 2017 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan.- HARAKAHDAILY 27/8/2017