Home Berita PAS Terengganu

KONDISI SEMASA YDP PAS KAWASAN KUALA NERUS

890
SHARE

Dukacita dimaklumkan, Yang Berbahagia Cikgu M Shukrimun Shamsuddin, YDP PAS Kawasan Kuala Nerus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Isnin, 28 Ogos 2017 berikutan serangan stroke dan keadaan dilaporkan stabil. Keletihan melampau dijangka antara faktor yang menyebabkan kesihatan beliau terganggu.

Buat masa ini, pihak HSNZ memindahkan kembali Cikgu M Shukrimun ke wad ICU bagi menerima perhatian rawatan yang lebih teliti. Di samping itu, ia juga boleh meminimakan kunjungan orang ramai agar beliau dapat berehat sebaiknya. Situasi terkini adalah stabil dan semakin pulih, InsyaAllah.

Bagi pihak PAS Kawasan Kuala Nerus, kami semua mendoakan agar seluruh ahli keluarga Cikgu M Shukrimun Shamsuddin sentiasa bertabah melalui ujian ini.

Ahli PAS Kuala Nerus, dipohon untuk mengadakan solat hajat buat YDP dan mendoakan agar beliau dikembalikan kesembohan dan dapat kembali berkhidmat untuk Islam.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera Bersama Islam”

Y.B Hishamuddin bin Abdul Karim
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Kuala Nerus
29 Ogos 2017