Home Khas

Penangguhan Kegiatan Parti Ekoran Penularan Semula Covid-19

347
SHARE

 

Tarikh : 14 Safar 1442H /02 Oktober 2020.

Semua Peringkat Pentadbiran Parti

Saudara/i,

PENANGGUHAN KEGIATAN PARTI EKORAN PENULARAN SEMULA COVID-19.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, dengan iringan doa semoga Saudara/i dan keluarga berada dalam lindungan Allah s.w.t. sepanjang masa.

2. Saya telah diarahkan oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden untuk memaklumkan supaya semua kegiatan Parti termasuk mesyuarat, program dan aktiviti DITANGGUHKAN ekoran penularan semula Covid-19 di seluruh negara.

3. Sehubungan itu saya dengan ini mengarahkan pematuhan sepenuhnya Arahan di atas dengan menangguhkan Tanpa Tarikh (sine die) semua kegiatan Parti yang telah ditetapkan tarikh mahupun yang diperingkat perancangan berkuat kuasa SERTA-MERTA sehinggalah diberitahu kelak.

Segala kerjasama agar pematuhan semua peringkat di bawah Pentadbiran Saudara/iamatlah dihargai demi maslahat semua dan diucapkan jazakumullahu khairan khathiraa.

#ISLAMMEMPERKUKUHPERPADUAN

Salam Hormat,
Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung.

s.k. YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS