Home Artikel PAS Selangor

Pertemuan Jabatan Bomba Dan Jabatan Amal Di Shah Alam – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dari Pena NKP PAS Negeri Selangor

384
SHARE

Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar

Shah Alam, Selangor | 2 Oktober 2020

Kerjasama erat Jabatan AMAL Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPMNS).

Alhamdulillah, pertemuan bersejarah di antara Jabatan AMAL dan Jabatan Bomba Selangor pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat JBPMNS, TTDI Jaya, Shah Alam.

Pertemuan bertujuan merapatkan lagi ukhuwah dan berkongsi-kongsi pandangan apa kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara dua Jabatan ini. Banyak persamaan bila kita sebut AMAL dan Bomba. Kedua-duanya tanpa jemu dan lelah memberi khidmat membantu masyarakat.

InsyaAllah hasil daripada pertemuan ini, kami telah bersetuju untuk mengadakan lebih banyak lagi kerjasama demi kepentingan masyarakat umum.

BERAMAL KERANA ALLAH SWT.

Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor