Home Artikel PAS Melaka

Pena kaunselor | ‘Keyboard warrior’ – tiada siapa untung

186
SHARE

Oleh ABU HARITH

DALAM tempoh ini, berhati-hatilah dengan apa yang kita baca, dengar dan cakapkan. Semua ini akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan kita.

Kita tidak dapat mengawal faktor penyumbang daripada luar. Hanya diri sendiri yang kita boleh kawal. Baiknya, jadilah seorang yang selektif dalam menerima apa sahaja maklumat dan apa jua yang kita kongsikan. Terutama di media sosial hari ini.

Hati-hati dalam apa yang ingin kita kongsikan kepada orang lain. Emosi kita pelbagai sekarang ini. Baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain. Penerimaan kita berbeza. Situasi kita tidak sama. Pilihlah untuk jadi pengguna yang bijak. Dahulukan akal daripada lidah dan jari.

Jangan mudah-mudah kongsikan apa yang kita sendiri belum sahih kebenarannya, entah daripada mana sumbernya. Kita tidak mahu menjadi sebahagian mata rantai penyebar berita palsu. Buruk kesannya kepada diri dan orang lain. Waspadalah.

Ini jari kita. Kita yang mengawalnya. Ambil masa. Fikir sekejap. Tiada siapa untung pun menjadi penyebar maklumat nombor satu. Tidak pernah ada majlis penganugerahan pingat pun untuk itu.

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”

-Surah Ibrahim, ayat 24

تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ

“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

-Surah Ibrahim, ayat 25

وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٖ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٖ

“Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.”

-Surah Ibrahim, ayat 26

Jom!

Sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain. Wujudkan suasana yang positif dan harmoni. Jangan timbulkan suasana panik. Gundah gulana di hati orang lain.

Bijaklah dalam tindakan. Jangan mudah-mudah menyampaikan sesuatu tanpa usul periksa. Silap cara, kelak badan yang binasa.

Penulis merupakan seorang Kaunselor Berdaftar.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

SAMBAL IBU SARI