Home Artikel PAS Melaka

Ketepikan agenda peribadi demi agenda lebih besar – Ustaz Kamarudin

327
SHARE

Oleh ABU HARITH

KOTA MELAKA, 5 Apr : “Jika nak ungkit cerita-cerita tak elok, semua ada cerita masing-masing yang kita nak ungkitkan. Sampai ke sudah tidak selesai.

“Namun atas dasar memperkasakan Muafakat Nasional dan pertahankan Perikatan Nasional ini kita harus berjiwa besar untuk meneruskan agenda yang lebih besar iaitu perpaduan ummah.”

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamaruddin Sidek semasa berucap di Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kota Melaka di Balai Islam Pernu, di sini, malam tadi.

Ujar Ustaz Kamarudin lagi, PAS sedia menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama kita untuk memperkuat dan memperkasakan pakatan ini sebagaimana yang diseru oleh Tuan Guru Presiden PAS.

“Setiap ahli PAS perlu faham tujuan sebenar perjuangan parti. Kita perlu bijak membezakan antara keperluan peribadi dan tuntutan parti agar matlamat sebenar tercapai,” tambah beliau lagi.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.        SAMBAL IBU SARI