Home Artikel PAS Melaka

Pena editor Melaka | Apa tujuan ulang sebar video demo ‘akar umbi’ PAS?

308
SHARE

BEBERAPA hari lepas timbul semula video kononnya ‘akar umbi’ PAS yang dikatakan menentang tindakan Presiden PAS YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap keputusan mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan mendukung Perikatan Nasional (PN).

Video itu sebenarnya adalah demonstrasi dan penyerahan memo menolak Bersatu oleh ‘penyokong dan akar umbi’ PAS di Pejabat Agung PAS pada 15 Disember tahun lepas.

Saya percaya video ini diulang sebar kerana keputusan terbaru Presiden PAS yang mengumumkan tawaran baharu Perikatan Nasional (PN) untuk rakyat Malaysia dan menolak apa-apa bentuk muafakat yang boleh memecahkan umat Islam dan Melayu.



 

Sebagai pengamal media saya memang terdedah kepada banyak maklumat ‘akar umbi’. Dalam pengetahuan saya setakat di Melaka contohnya, tidak ada sebarang masalah antara PAS dengan Bersatu malah hubungan kami sangat baik bagaikan saudara kandung.

Bukan sahaja di Melaka, di tempat lain pun sama. Sebab itu agak terkejut, ‘akar umbi’ PAS mana tu yang marah sangat dengan Bersatu?

Kenapa demonstran tak macam orang PAS?

Apa yang saya boleh katakan memang nampak banyak kecanggungan pada para demonstran yang kononnya mengaku ahli dan penyokong PAS dalam video itu. Orang PAS boleh nampak apa yang pelik pada para demonstran itu yang membuatkan kita boleh tahu mereka bukan orang PAS ‘asli’. Mungkin orang PAS ‘jadi-jadian’.

Antara yang ‘trigger‘ saya ialah apabila ketua demonstran yang dalam sidang medianya itu mengajukan pertanyaan umum kepada Presiden PAS tentang logo apa yang akan digunakan oleh PAS di dalam PRU15 yang akan datang.

Individu itu bertanya, adakah PAS akan menggunakan logo PN atau akan terus menggunakan ‘logo keramat’ PAS iaitu lambang bulan?

Jarang dan hampir tidak pernah saya dengar mana-mana orang PAS bermain-main dengan perkataan ‘keramat’ apabila merujuk sesuatu tentang PAS. Tak biasa kita dengar orang PAS sendiri sebut contohnya ‘PAS parti keramat’, ‘lambang keramat PAS’ dan apa-apa sahaja yang ada melibatkan ‘keramat’ ini. Sebab bagi PAS benda-benda keramat ini benda khurafat, tahyul dan syirik.

Jadi terdetik juga di hati saya betulkah individu itu ahli PAS? Tapi gaya cakap dan tindakannya tak macam orang PAS. Macam orang parti lain saja.

Takut-takut ada parti-parti yang cemburu keutuhan dan kesepaduan ahli PAS cuba mengupah orang mengaku ahli PAS untuk buat huru-hara dalam PAS. Setakat nak daftar ahli PAS bukan susah sangat pun. Boleh mohon secara dalam talian sahaja boleh jadi ahli.

Saya juga meneliti komen blogger-blogger pro-PAS dan pimpinan-pimpinan PAS pertengahan. Tidak ada seorang pun yang setakat ini bersetuju dengan aspirasi kumpulan penyamar ini. Tiada penyokong, tiada yang ikut.

Melainkan yang saya baca semua yang mengulas tentang perkara ini melahirkan rasa pelik dengan kumpulan ini yang menongkah arus daripada apa yang sedang dilakukan oleh PAS. Sama seperti yang saya fikirkan.

Yang peliknya itulah satu-satunya video ‘bantahan akar umbi PAS’ melibatkan beberapa orang yang tak tahu mana asal usul yang diulang tayang sehingga ke hari ini. Tidak ada lagi video-video atau bantahan-bantahan lain yang kedengaran selain video itu.

Akar umbi PAS wala’, tak macam parti lain

Orang PAS terkenal dengan prinsip wala’. Apa yang diputuskan oleh pimpinan selagi tidak bercanggah dengan Islam kami akan patuh. Ini adalah kerana kami telah memilih sendiri pimpinan kami secara demokrasi maka itu bermakna kami meletakkan kepercayaan kepada mereka kerana kami percaya mereka pakar dalam memimpin parti ini.

Jika kita lantik pemimpin tetapi dalam masa yang sama mereka perlu mengikut cakap akar umbi dan bertanya pada akar umbi setiap minit, setiap masa maka elok sahaja kita letak tunggul kayu sebagai Presiden parti!

Cuba lihat dalam kalangan pimpinan PAS di mana-mana peringkat pun tidak pernah memberi komen yang bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan PAS. Tidak seperti sesetengah parti.

Setakat ini tidak pernah lagi, baik Mursyidul Am, baik Timbalan Presiden, baik Naib-naib Presiden, baik Setiausaha Agung, baik AJK-AJK PAS Pusat, baik pimpinan-pimpinan PAS negeri atau mana pimpinan PAS yang memberi kenyataan bercanggah terhadap dasar kerjasama PAS yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden PAS pada masa ini.

Tidak pernah ada mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri pun yang meminta autonomi untuk membuat keputusan sendiri yang berbeza dengan kerjasama yang telah diputuskan oleh PAS Pusat.

Semuanya senada. Itu cara bekerja pimpinan dan ahli PAS, walau pun saya ada mendengar ada juga pihak-pihak yang cuba mewujudkan cerita bohong kononnya berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan PAS. Hakikatnya ia tidak pernah kita lihat atau kita dengar. Tidak seperti parti-parti lain.

Ahli-ahli parti lain yang sibuk menyebar video ini mungkin mereka ini cuba untuk memujuk ahli parti mereka yang sedang bercelaru ini bahawa ‘parti lain pun Presidennya tidak dihormati oleh ahli parti, sama macam presiden parti kita juga.’

Sama seperti anologi yang saya selalu gunakan, umpama Pak Pandir yang kematian anak yang bercakap pada isterinya “Jangan sedih Mak Andeh, bukan kita saja yang mati anak, orang lain pun mati anak juga”.

Saya rasalah, daripada parti-parti lain ini sibuk menyebarkan video ini lebih baik mereka selesaikan masalah dalaman parti mereka yang semakin parah.

Marilah semua orang Melayu-Islam bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bersama dengan PAS dalam Perikatan Nasional demi untuk mengelakkan negara ini jatuh ke tangan DAP-PH.

PERIKATAN NASIONAL TAWARAN BAHARU PAS

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Negeri Melaka

AKIKAH MAKKAH

IBU SARI