Home Berita PAS Sabah

Usrah dan ziarah eratkan lagi jalinan ukhuwwah

104
SHARE

Oleh : NURFATIHA MOHAMAD
27 November 2021

KINABATANGAN : Dewan Muslimat PAS Kinabatangan (DMPK) telah melaksanakan aktiviti usrah dan ziarah yang berlangsung di Kg.Paris 2 kelmarin.

Program yang dipimpin oleh Naib Ketua DMPK ,Nurliyana Dahon telah disertai seramai 10 orang ahli muslimat dalam kalangan AJK DMPK dan ahli PAS.

Pengisian usrah yang disampaikan oleh Ikon Muslimat Muda, Nur Shahirah Salasain, berkenaan sejarah dan rukun usrah.

Selain itu, rombongan DMPK juga menziarahi keluarga ahli PAS Kinabatangan, Nor Rafiza Rafik yang baru sahaja menamatkan persekolahan di tingkat 6.

Ziarah ini bertujuan untuk bertanya khabar, berkongsi masalah dan bermuhasabah diri dalam memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh PAS Kinabatangan khususnya.