KUALA KEDAH: Kepimpinan Pemuda UMNO, Pas Dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah Sebulat Suara Menyatakan Sokongan Terhadap Kerajaan Negeri Dalam Menuntut Bayaran Air Mentah Daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Nurul Amin Hamid Berkata, Tuntutan Tersebut Adalah Sesuatu Yang Munasabah Dalam Mengekalkan Kelestarian Kawasan Tadahan Air Ulu Muda, Sekali Gus Menjamin Bekalan Air Mencukupi Buat Lebih Empat Juta Rakyat Kedah, Perlis Dan Pulau Pinang.
Katanya, Keadaan Yang Berlaku Ketika Ini Adalah Tidak Wajar Memandangkan Kedah Perlu Menanggung Kos Penyenggaraan Sumber Dan Aliran Air Sedangkan Pulau Pinang Menikmati Keuntungan Secara Percuma.
“Data Terkini Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP) Menunjukkan Pulau Pinang Mengekstrak 80 Peratus Sumber Air Mereka Dari Sungai Muda Setiap Hari Bersamaan 1,100 Juta Liter Sehari (Mld) Secara Percuma.
“Sedangkan Kedah Pula Yang Mengekstrak Kira-Kira 800 Mld, Perlu Membayar Kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) Menerusi Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), Syarikat Air Darul Aman (Sada).
“Jadi, Adalah Lebih Adil Jika PBAPP Turut Membuat Bayaran Seperti Mana Dilakukan Sada Untuk Mendapatkan Sumber Air Mentah,” Katanya.
Beliau Berkata Demikian Ketika Membacakan Kenyataan Bersama Dikeluarkan Ketiga-Tiga Ketua Pergerakan Pemuda Itu Dalam Sidang Akhbar Di Restoran Anjung Kuala Di Sini, Hari Ini.
Hadir Sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli Serta Ketua Armada Bersatu Kedah, Mohd. Saffuan Sabari.
Mengulas Lanjut Nurul Amin Berkata, Ketiga-Tiga Kepimpinan Pemuda Itu Juga Ingin Mengingatkan Semua Pihak Bahawa Isu Bekalan Air Tersebut Bukanlah Isu Politik Yang Perlu Dijadikan Bahan Provokasi Sesetengah Pihak.
“Tidak Wajar Untuk Mana-Mana Pihak Cuba Menjadikan Isu Ini Sebagai Bahan Provokasi Hingga Mengalih Tujuan Asal Ia Dibangkitkan Iaitu Bagi Memelihara Kawasan Tadahan Air.
“Semangat Setiakawan Sebagai Negeri Berjiran Boleh Dijelmakan Dalam Bentuk Toleransi Dan Muhibah Kerana Tuntutan Ini Bukan Dilakukan Secara Semberono Sebaliknya Berfakta Serta Memiliki Nilai Yang Mendatangkan Kebaikan Buat Kedua-Dua Negeri,” Ujarnya.
Sementara Itu Mohamad Fadzil Berkata, Pihaknya Berharap Supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dapat Setidak-Tidakya Duduk Kembali Ke Meja Rundingan Bagi Menyelesaikan Isu Itu.
“Isu Ini Sudah Terlalu Lama Untuk Dibiarkan Dan Kita Perlu Berunding Dalam Mencari Penyelesaian.
“Kita Merasakan Wujud Ketidak Adilan Apabila Pulau Pinang Mendapatkan Air Tanpa Bayaran Sedangkan Kedah Terpaksa Menanggung Pelbagai Kos Semata-Mata Memberi Air Kepada,” Katanya.