Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Tangga Batu Anjur Program Tautan Ukhuwah

240
SHARE


Oleh : Rafie Bin Ahmad

KUALA ROMPIN : Memahami betapa tautan ukhwah mampu memperkukuhkan hubungan serta merancakkan gerakkerja dalam sesuatu organisasi, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tangga Batu di bawah pimpinan  Ketua Pemuda  Mohd Redha Mahadi bersama Jabatan Amal Pas Kawasan menganjurkan program tautan ukhwah dikalangan ahli-ahli dan keluarga di sini semalam.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu berjalan dalam suasana yang sangat mesra dan mendamaikan.

Kuala Rompin dipilih sebagai lokasi program memandangkan di sini merupakan lubuk udang galah yang terkenal dan sebahagian besar ahli-ahli pemuda PAS kawasan merupakan ahli memancing yang hebat

Cemara Riverview Chalet, Kuala Rompin menjadi lokasi program mereka dan chalet ini menyediakan kemudahan asas yang mencukupi bagi peminat aktiviti memancing.

Seramai lebih 30 peserta menyertai program ini bersama isteri dan anak-anak mereka. Program riadah ini turut disertai bersama oleh Naib Yang Dipertua kawasan IR Hanim Abbas serta Setiausaha PAS Kawasan Tangga Batu , Hassan Md Dahan dan beberapa orang lagi pimpinan kawasan sebagai sokongan moral kepada ahli-ahli dewan pemuda.

Semoga program ini berjaya mempertautkan hati-hati mereka disamping memberikan suntikan motivasi kepada anak-anak muda untuk terus komited dalam gerakkerja parti.