Home Kenyataan Media PAS Perlis

Tangguh Lawatan, Hormati Permintaan Keluarga Ustaz Yussaine

1755
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
TANGGUH LAWATAN, HORMATI PERMINTAAN KELUARGA USTAZ YUSSAINE

1. Berdasarkan kepada keadaan semasa Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis merayu agar semua pihak tidak melawat beliau buat masa ini.

2. Ini sebagai menghormati permintaan daripada pihak keluarga beliau yang tidak membenarkan sebarang lawatan bagi membolehkan Ustaz Yussaine mendapat rehat yang secukupnya.

3. Sama-samalah kita mendoakan agar Ustaz Yussaine segera pulih dan dapat kembali melaksanakan tugasnya seperti biasa.

YB MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
11 Januari 2020M | 15 Jamadilawal 1441H