Home Kenyataan Media PAS Perlis

Ustaz Yussaine Dipindahkan Ke HUKM

5008
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS

USTAZ YUSSAINE DIPINDAHKAN KE HUKM


1. Berdasarkan kepada keadaan semasa Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya, beliau telah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

2. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis merayu agar semua pihak tidak melawat beliau buat masa ini dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kesihatan beliau.

3. Ini sebagai menghormati permintaan daripada pihak keluarga beliau yang tidak membenarkan sebarang lawatan bagi membolehkan Ustaz Yussaine mendapat rehat yang secukupnya.

4. Sama-samalah kita mendoakan agar Ustaz Yussaine segera pulih dan dapat kembali melaksanakan tugasnya seperti biasa.

YB MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
12 Januari 2020M | 16 Jamadilawal 1441H