Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Pokok Sena kumpul RM100 sebulan untuk korban

89
SHARE

POKOK SENA, 13 Jul – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban peringkat Pemuda PAS Kawasan pada hari raya ke-2 yang lalu.

Program Ibadah Korban ini telah mengorbankan sebanyak 4 ekor haiwan korban di Pusat Penyembelihan Haiwan Encik Fauzi Lepai.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hamadah Mohamad Shauki, program ibadah korban ini telah dirangka dan dirancang sejak awal tahun lagi bersama ahli jawatankuasa pemudanya.

“Program korban ni kita buat secara bayaran ansuran sejak awal tahun lagi kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena.

Tambahnya lagi, program ini juga merupakan aktiviti tahunan bagi organisasi terbabit, dan akan melaksanakannya juga pada tahun hadapan.

“Bagi yang terlepas pada tahun ni, dari awal tahun depan kita kumpul RM100 sebulan setiap orang, agar dapat kita melaksanakan ibadah korban Insha Allah.

“Dengan kaedah sedemikian dapat mengalakkan pemuda-pemuda melaksanakan ibadah korban, sebagaimana yang dituntut oleh Islam itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah program Ustaz Mohd Zikri bin Zakaria, mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh Peserta Ibadah Korban, Pimpinan PAS Kawasan, Petugas DPPKPS, Sukarelawan dan mahasiswa yang bersama menjayakan program ini.