Home Berita PAS Wilayah

Aidiladha: Penduduk Sri Tioman terima bantuan YB Kak Nuri

102
SHARE

Oleh :Muhamad Abdul Fateh

Foto : Muhd Hakim

WANGSA MAJU 13 Julai: Sebanyak 75 bakul makanan diagih kepada golongan berpendapatan rendah sekitar Perumahan Awam Sri Tioman 1 pada 9 julai lepas.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata bantuan sempena Aidiladha itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan untuk Raya Haji.

“Bakul berisi makanan kering antaranya beras, ketupat mini, gula dan biskut raya yang bernilai RM50,” katanya.

“Penerima merupakan golongan berpendapatan rendah dan benar-benar memerlukan bantuan. Jadi bakul makanan kering ini membantu mereka mengurangkan kos belanja.

“Semoga inisiatif dapat meringankan beban penerima terutama ketika harga barang semakin meningkat dan tidak terkawal,”

Pada April, ketika sambutan Aidilfitri, YB Kak Nuri mengagihkan 500 pek barangan keperluan asas secara percuma kepada penduduk sekitar Wangsa Maju.

Turut hadir sama Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Timbalan Pengerusi MPPWP Sub Zon 2, Hairul Anuar, Ajk MPPWP Sub Zon 2, Haji Ibrahim dan Jawatankuasa Surau Darussalam.