Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal potong pokok tumbang rentas sungai

152
SHARE

KUPANG, 13 Jul – Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah dengan kekuatan lebih 11 orang anggotanya daripada Kuala Ketil dan Kupang berkhidmat memotong pokok tumbang akibat banjir di Baling baru-baru ini.

Mesra dipanggil Pak Lang, beliau menerima panggilan daripada individu bagi memohon pertolongan agar pokok yang tumbang melintasi sungai dan menghalang laluan air agar segera di potong serta dialihkan.

“Ketika menerima panggilan tersebut saya sedang memotong daging lembu korban dan terus memberitahu anggota untuk berkumpul jam 4 petang disana,” ujarnya menerusi hantaran di laman facebook semalam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan jutaan terima kasih diatas kesungguhan dan komitmen yang amat baik telah diberikan oleh anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah dan khusus buat Anggota Jabatan Amal Baling dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang berpanjangan buat semua anggota, serta mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT.