Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Padang Serai panaskan kempen PAS Pilihanku

80
SHARE

PADANG SERAI – Dewan Pemuda PAS Padang Serai hangatkan suasana Kempen PAS Pilihanku 4.0 dengan aksi perlawanan bowling di Kulim Landmark, Jumaat lalu.

Saingan sengit 24 pasukan Pemuda Cawangan Padang Serai, Jabatan Amal Malaysia, SRITI dan ARC menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Pemuda PAS cawangan Kuala Kobis, Lunas.
Pasukan pemenang membawa pulang trofi tajaan Ketua Pemuda PAS Padang Serai, Ustaz Nasrun Othman.

Syabas diucapkan kepada penganjur pertandingan iaitu DACS Padang Serai, Tuan Shahrul Anuar Ilias.