Home Berita PAS Kedah

Muslimat PAS Padang Serai teruskan program kebajikan

55
SHARE

PADANG SERAI – Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Serai melalui Lajnah Kebajikan mengambil peluang menziarahi beberapa penduduk di sini, semalam.

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai diketuai Ustazah Khalilah Abd. Kader bersama guru PASTI dan MGP melawat keluarga seorang pelajar PASTI Raudhah Az-Zahra yang baru kehilangan bapa selepas meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Di samping itu, Lajnah Kebajikan turut menziarahi seorang warga emas yang juga merupakan mantan ketua cawangan Kampung Bukit Sarang Ayam yang sedang uzur.

Selepas itu, kunjungan diteruskan dengan menziarahi seorang ahli ARC, Muhammad Sabri yang terlantar sakit selepas menghidap penyakit jantung bengkak.

Seterusnya, Muslimat PAS Kawasan Padang Serai telah menyewa sebuah bas untuk membawa ahli-ahlinya ke majlis pelancaran kempen PAS Pilihanku 4.0 di Dewan Al- Hana, Sik.

Terima kasih kepada Ketua Muslimat PAS kawasan ini, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali yang menggerakkan muslimat ke program anjuran PAS Pusat tersebut.