Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Negeri Kedah catat sejarah mewujudkan 2 buah sekolah SMITI

1887
SHARE

YAN – 13 Disember 2019: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah terus mengatur langkah dalam institusi pendidikan dengan mencatatkan sejarah apabila mengumumkan pelancaran rasmi dua institusi pendidikan baru di bawah pengurusan pentadbirannya yang dinamakan SMITI.

Hari ini, sejarah telah dicipta dengan perasmian 2 buah sekolah SMITI iaitu SMITI Darul Izzah dan SMITI At-Taqwa, keduanya bertempat di Yan, Kedah.

Pelancarannya telah disempurnakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Khairil Nizam Khairudin.

Antara isi kandungan Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam ucapannya supaya pelajar-pelajar SMITI menjadi pelapis kepada perjuangan islam di era yang penuh pancaroba ini.

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) melengkapkan alur pendidikan ditawarkan sayap PAS ini selepas PASTI dan SRITI yang kini mempunyai banyak premis di seluruh negara

Dengan misi melahirkan generasi soleh pintar rabbani dan visi memberikan pendidikan peringkat menengah berasaskan kurikulum bersepadu meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif.

Objektif utama bagi penubuhan dan pembukaan SMITI adalah seperti :-
a) Menawarkan peluang pendidikan berteraskan islam di peringkat sekolah menengah kepada anak-anak rakyat Malaysia.

b) Menyediakan dan melaksanakan kurikulum pendidikan yang standard, selaras, bersepadu dan bertintegrasi meliputi akademik, diniah dan tahfiz.

c) Melahirkan generasi islam yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami islam sebagai agama yang lengkap dan syumul.

d) Melahirkan generasi muda dengan keterampilan sebagai da’i dan pemimpin yang menghafal dan menghayati isi kandungan Al-Quran dan Hadith serta menguasai ilmu syari’e dan waqi’e.