Home Artikel PAS Melaka

Seminar Pengurusan & Kesetiausahaan Tingkat Kualiti pengurusan PAS Melaka.

239
SHARE
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abd Aziz sedang menyampaikan ucapan

Oleh : IBNATDEEN

Foto : SHAWAL AHMAD

TANGGA BATU – Julung kalinya PAS Melaka berjaya menghimpunkan setiausaha-setiausaha PAS sekitar Melaka dalam program Seminar Pengurusan & Kesetiausahaan PAS Melaka bertempat di Dewan Darul Ta’lim Sungai Udang hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri bin Shaik Abdul Aziz dalam ucapannya menegaskan penganjuran seminar ini sebagai satu inisiatif yang diambil oleh PAS Melaka  untuk memperkemas pengurusan parti di setiap peringkat dengan lebih baik dan sistematik.

Program ini menampilkan dua orang pembentang daripada PAS Pusat iaitu  Setiausaha Ekskutif PAS Pusat, Mohd Khoirul Anwar bin Mat Zuki dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.

Selain daripada pembentangan manual pengurusan dan tanggungjawab sebagai pentadbir parti dari pembentang, para peserta juga dapat mengambil bahagian dalam sesi dialog bagi mendapatkan penerangan secara tuntas dan tepat untuk setiap persoalan dan permasalahan yang berlaku di cawangan masing-masing.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Melaka dalam ucapannya mengingatkan para peserta agar mengamalkan polisi itqan dalam gerak kerja iaitu bersungguh-sungguh dalam memastikan pentadbiran parti sentiasa rapi dan sempurna.

Majlis berakhir sekitar 1.30 tengahari dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan serta hidangan makan tengahari.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Haji Bakri Jamaluddin.