Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah Sokong KFA Kekalkan Presiden

288
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
11 Oktober 2020 | Ahad

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyambut baik keputusan yang telah dibuat oleh Persatuan bola sepak negeri Kedah (KFA) untuk menolak hasrat YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletak jawatan sebagai Presiden KFA berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Kami yakin dan percaya bahawa pencinta bola sepak negeri Kedah khususnya anak muda semuanya sedia maklum bahawa pentadbiran YAB Haji Muhammad Sanusi setakat ini cukup baik dalam mengurus tadbir dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam persatuan bola sepak Kedah.

Kesungguhan YAB Menteri Besar juga dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji memberi motivasi dan semangat kepada pemain-pemain untuk membawa pasukan Liga Super Kedah yang kini di tahap 2 pasukan terbaik di Malaysia.

Kami sangat teruja dengan Urus tadbir YAB Menteri Besar yang efisyen terutamanya dalam mengawalselia kewangan semasa persatuan dan peruntukan pasukan.

Menyelesaikan urusan KFA untuk mendapatkan kelulusan FAM bagi proses pemisahan FA ke FC baru-baru ini seterusnya pasukan Kedah layak beraksi di pentas CIMB Liga Super musim 2021 dalam tempoh yang singkat.

Bersungguh-sungguh untuk KFA lulus perlesenan kelab peringkat kebangsaan dan AFC seterusnya melayakkan Kedah beraksi di musim 2021 dalam Liga Malaysia dan Piala AFC sekiranya layak.

Keprihatinan YAB Presiden KFA yang menitik beratkan kebajikan persatuan dan pasukan telah menyuntik motivasi barisan kejurulatihan dan pemain Liga Super Kedah yang kini di tangga kedua CIMB Liga Super dan berpeluang cerah untuk beraksi di pentas Piala AFC walaupun sebelum ini menghadapi masalah kewangan yang besar.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga menyokong penuh kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden KFA dalam membawa sukan rakyat ini ke peringkat Asia dan segala sumbangan khidmat yang cemerlang sebelum ini dapat diteruskan ke musim akan datang.

Sekian.

Yang Benar,

Ustaz Nasrun Othman
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah