Home Berita PAS Sabah

Skuad Prihatin PAS Kunak teruskan agenda kebajikan

548
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
11 Oktober 2020

KUNAK: Agenda Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kunak terus disemarakkan dengan mengagihkan bakul makanan kepada lebih 30 keluarga yang terputus bekalan makanan akibat pendamik Covid-19 pagi ini.

Seramai 21 keluarga asnaf sekitar Daerah Kunak seperti di Kampung Jaya Baru, Kampung Sungai Atas, Kampung Getah, Kampung Dasar Baru, Ladang Mostyn dan Flat PPR Sri Pangkalan menerima bakul makanan.

10 keluarga bukan beragama Islam dan 6 keluarga beragama Islam berbangsa Murut dari Kampung Ulu Lormalong turut disantuni.

“Terima kasih kepada Parti PAS Kunak kerana sudi menyumbang bakul makanan kepada kami kaum Murut di Kampung Lormalong sepanjang PKPDB ini”. Kata wakil penerima di Kampung Ulu Lormalong.

Sumbangan bahan mentah seperti beras, telur, minyak masak, gula dan tepung telah diagihkan kepada penerima.

Edaran tersebut diketuai oleh Yang diPertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin diiringi Timbalan Ketua (LKK) PAS Kawasan Lahad Datu Sharmilah Abbas, Ketua LKK Muslimat PAS Kunak, Siti Rahimah dan 5 orang ahli PAS Kunak.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit mahupun tenaga”. Kata Ramli Pataruddin.

Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Silam, 110892014454, Ref: PKPDB Kunak.