Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiga kes baharu, semuanya di Mukim Bukit Katil

2105
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 11 Okt : Tiga lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan di Melaka hari ini, semuanya dikesan di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah.

Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu semua kes itu ialah kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kepada kes positif sebelum ini.

Jabatan Kesihatan Melaka turut melaporkan satu kes sembuh menjadikan keseluruhan kes aktif pada hari ini ialah sembilan kes.

Sebanyak 561 kes keseluruhan direkodkan di seluruh negara hari ini, meningkat mendadak berbanding 374 kes semalam sementara Sabah pula kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 488 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)