Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Jasin Edar Sumbangan Prihatin Rakyat Terjejas Kerana Covid-19

182
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : Pemuda PAS Kawasan Jasin di bawah Lujnah DACS telah mengedarkan sumbangan keperluan makanan harian kepada golongan asnaf yang terjejas disebabkan Covid-19 di sini hari ini.

Bantuan disampaikan oleh AJK Pemuda PAS Kawasan Jasin yang diketuai oleh Mustaqim Zam Zam bersama Ketua DACS Kawasan Jasin Azuan Aziz.

Edaran dibuat melibatkan 10 orang asnaf di beberapa lokasi sekitar kawasan Jasin iaitu Bukit Tembakau, Serkam dan Sungai Rambai.